Friday, 29 July 2011

JAMBATAN BUM BUM SEMPORNA ADA TERSEBUT DI PORTAL PEJABAT DAERAH SEMPORNA

                                      PETA KAWASAN SEMPORNA KESELURUHANNYA




 SEMANGAT RAKYAT ATAU MASYARAKAT SEMPORNA BERHUBUNG JAMBATAN BUM BUM INI BUKAN SAHAJA DI LAHIRAN OLEH MASYARAKAT PULAU BERKENAAN MALAHAN TERCATAT JUA DALAM PORTAL PEJABAT DAERAH SEMPORNA HALAMAN RASMI KERAJAAN BAGI PENTADBIRAN DERAH SEMPORNA.....!!!!!!
(RUJUK: PERKARA 3 )

1. Secara geografi, Semporna adalah sebuah pulau yang besar. Ia dihubungkan ke tanah besar dengan Jambatan Pegagau. Ketua Menteri Sabah Datuk Peter Lo merasmikan pembukaan jambatan tersebut pada awal tahun 1965. 
.
2.Sebutan yang betul bagi Semporna ialah Sampulna' mengikut gaya percakapan kaum Bajau tempatan. Begitu juga dengan nama-nama pulau seperti Sibuan (disebut Sibuun), Sipadan (disebut Siparan), Mabul (disebut Mabbul) dan lain-lain.
 
3. Dalam Rancangan Malaysia Ke-9, Kerajaan Malaysia telahpun mewartakan pembinaan jambatan panjang dari Pekan Semporna ke Pulau Bum-Bum, pulau yang terbesar di daerah Semporna. Pembinaan jambatan ini kelak akan merancakkan ekonomi tempatan dan membuka peluang pembangunan yang lebih besar ke Pulau Bum-Bum. Pulau Bum-Bum terkenal dengan pantainya yang landai menyebabkan ianya menjadi tempat pembiakan ketam yang subur. Produk ketam pulau ini (seperti isi ketam dan bebola ketam) dieksport hingga ke luar negeri.

4. Daerah Semporna sebenarnya kurang dikenali berbanding Pulau Sipadan walaupun pulau ini terletak dalam daerah Semporna. Selalunya Pulau Sipadan dirujuk kepada 'Sipadan - Sabah' atau 'Sipadan - Tawau' kerana di bandar-bandar besar Sabah terdapat banyak agensi pelancongan yang mempromosikannya
.
5. Dari segi politik tempatan dan negara, Daerah Semporna telah melahirkan ramai pemimpin diantaranya Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (Menteri Kebudayaan dan Kesenian Malaysia), Datuk Nasir Tun Sakaran, Datuk Hj. Herman Mohammad, Datuk Hj. Ramlee Marhaban, Datuk Basalie Abd. Hamid, Datuk Hj. Mohd. Lan Allani, Datuk Hj. Samsu Bahrun Hj. Abd. Rahman, Datuk Jasa Datuk Hj. Rauddah, Datuk Hj. Mohd. Yusof Jamlee, Tuan Hj. Salleh Kalbi (Ahli Parlimen Silam) dan Mantan Tuan Yang Terutama Negeri Sabah iaitu Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Sakaran Bin Dandai.

6. Semporna merupakan daerah paling hujung di Malaysia. Ia bersebelahan dengan persempadanan antarabangsa Negara Filipina dan Indonesia. Oleh sebab itu penduduk disini agak unik kerana telah bercampur-gaul dengan suku bangsa Filipina dan Indonesia dan menyebabkan bahasa dan budaya di sini berwarna-warni. Dari jeti di pekan Semporna, anda cuma perlukan 1 jam sahaja lagi untuk belayar ke selatan Filipina!

7. Terdapat 49 buah pulau di Semporna, namun kebanyakkannya tidak dihuni. Untuk tujuan kedaulatan dan keselamatan negara, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mewujudkan bit-bit tentera di kebanyakkan pulau. Pihak TLDM dan Polis Marin juga sentiasa mengawasi persempadanan setiap masa.

8. Dua buah pulau yang terkenal disebabkan pertikaian kedaulatan Malaysia-Indonesia ialah Pulau Ligitan dan Sipadan. Pada tahun 2002, pihak Mahkamah Antarabangsa (ICJ) telah memutuskan yang kedua-dua pulau ini milik Malaysia. Untuk mengekalkan keindahan alam semulajadi dasar laut Pulau Sipadan, Kerajaan Malaysia telah memutuskan yang semua bahan binaan buatan manusia di bongkar dan dikosongkan pada tahun 2004. Kini Pulau Sipadan benar-benar menjadi 'syurga' para penyelam.

9. Terdapat banyak syarikat produksi filem telah menerbitkan pelbagai iklan, dokumentari, cereka pendek dan filem di Semporna. Antara yang terkenal adalah dokumentari National Gegraphic dan filem 'Duyong' keluaran KRU Films.

10. Sesiapa sahaja yang berkunjung ke Semporna pasti tidak akan melupakan pengalaman menikmati makanan laut yang segar di sini. Sejak dahulu lagi Semporna memang terkenal sebagai pengeluar bahan laut yang berkualiti tinggi. Antara bahan laut yang agak 'ganjil' tetapi istimewa disini ialah 'ikan bolong', 'ikan belawis (laimang)', 'ikan buntal', 'kamun (udang mantis)', 'kahanga (siput laut)', 'kima (kerang gergasi)', ikan tuna (yellowfin and bluefin), sirip ikan jerung (sharkfin) dan banyak lagi. Sifat perairan Semporna yang tenang tanpa gelombang di Lautan Sulu ini merupakan tempat spesis-spesis ini membiak. Malah ada juga spesis dari Australia yang hanya datang ke sini untuk bertelur sahaja setiap tahun. Begitu juga dengan penyu yang pelbagai spesis turut mengunjungi pantai pulau-pulau Semporna untuk bertelur.

11. Semporna merupakan pusat penternakan mutiara dan rumpai laut terbesar di Sabah. Produk ini dieksport hingga ke luar negeri.

12. Industri kelapa sawit merupakan bidang pertanian yang dominan di Semporna. Oleh itu jangan hairan jika disepanjang perjalanan anda dari lapangan terbang Tawau ke Semporna anda akan melihat hanya ladang-ladang kelapa sawit sahaja. Kelapa sawit telah menggantikan penanaman koko dan kelapa yang satu masa dahulu diusahakan oleh penduduk tempatan.

13. Kepada pengunjung muslim dari Sarawak dan Semenanjung Malaysia, hati-hati dengan waktu sembahyang atau berbuka puasa apabila berkunjung ke Semporna. Ini kerana daerah ini mendapat cahaya matahari terlebih dahulu berbanding tempat anda. Jika pada bulan puasa, waktu maghrib di sini adalah seawal jam 5.49 petang! Begitu juga dengan waktu subuh, ia bermula seawal jam 4.38 pagi. Terbit matahari adalah seawal jam 6.00 pagi.

14. 'Payau' merupakan bahasa tempatan merujuk kepada rusa. 'Nasi Payau' merupakan juadah istimewa yang boleh dipesan di restoran tempatan Semporna. Nasi payau (Nasi daging rusa) dihidangkan dengan nasi putih dan hirisan tipis daging rusa masak halia. Selain menu ini, anda digalakkan untuk mencuba 'kuehtiow basah - seafood' dan 'ikan belawis masak sup-sayur'.

15. Suku kaum Bajau, Suluk dan Bugis yang terdapat di daerah Semporna adalah dari kumpulan suku-bangsa 'Malayo-Polinesia'. Keturunan bangsa-bangsa ini beragama Islam turun-temurun dan mengekalkan adat-budaya mereka. Kaum 'melayu' disini adalah merujuk kepada keturunan bangsa dari Semenanjung Malaysia. Namun budaya suku kaum yang disebutkan ini tidak jauh dari adat Melayu. Selain dari bertutur dalam bahasa ibunda, mereka juga bertutur dalam Bahasa Melayu (dialek Sabah). Adat-adat lain seperti menghormati tetamu, memuliakan golongan yang lebih tua, perkahwinan dan majlis sambutan perayaan adalah sama seperti kaum melayu lain.
16. Kaum Bajau Semporna dan Palauh adalah dua bangsa yang berbeza. Sebenarnya perkataan 'Bajau-Laut' yang merujuk kepada 'palauh' adalah tidak tepat dan disalahertikan. Kaum Palauh ini hidup di perahu, kebanyakkannya tidak ada agama dan tergolong dalam kumpulan 'orang asli'. Mereka hanya singgah ke daratan untuk mendapatkan keperluan harian dan kecemasan. Perkara menarik tentang Palauh adalah mereka 'tidak berasa takut' dengan haiwan laut biar sebesar mana sekalipun. Mereka juga pelayar dan penyelam yang handal. Palauh dilindungi oleh PBB (United Nation) dan kaum ini tiada kena-mengena dengan orang kepulauan Republik Palau di kawasan utara Laut Pasifik.

http://www.sabah.gov.my/pd.sprn/fakta.html

Sunday, 24 July 2011

KERAJAAN NEGERI SABAH DOUBLE STANDARD PADA ISU JAMBATAN BUM BUM

                                     PETA MENUNJUKKAN KEDUDUKAN PULAU BUM BUM




 Usaha Adun Sulabayan Datuk hj Herman hj Mohammad membawa isu Jambatan bum bum Semporna seperti tidak mendapat kerjasama dari kerajaan Negeri Sabah yg dipimpin oleh Datuk Seri Panglima Musa Aman,
 Apakah yg menyebabkan Datuk Seri Musa membiarkan isu jambatan Bum Bum Semporna...Pertanyaan ini lah yg bermain didalam fikiran aku anak semporna dan mungkin jua semua masyarakat Semporna,

kalau kita halus seperti ada sesuatu perkara yg tidak kena pada Kerajaan Negeri Sabah pada ketika ini kalau mengikut apa yg di tulis oleh abdnaddin blogspot . Kalau ia berpunca dari sengketa antara MP semporna dgn Datuk seri Musa yg menjadi halangan kepada projek ini, bagi saya suatu yg malang buat kita masyarakat Semporna. Bukankah  jambatan bum bum ini melibatkan kepentingan seluruh Negeri Sabah terutama dari sudut pembangunan dan kemudahan awam. Bukan kah Daerah Semporna antara salah satu destinasi pelancongan  Negeri di bawah bayu Sabah, yg juga menjadi penyumbang besar kepada Pendapatan Negeri Sabah. Apakah Kerajaan Negeri Sabah hanya mengaut keuntungan dari tanah Semporna tapi membiarkan Semporna terumbang ambing.....dgn pembangunan perlahan.pembangunan ala kadar . ibarat melepaskan batuk di tangga.

Boleh dikatakan usaha Datuk Hj Herman membawa isu Jambatan Bum Bum Semporna ke sidang negeri Sabah ( sidang DUN ke 13 pada bulan april 2010) suatu yg patut dibanggakan oleh warga Semporna, dgn harapan kerajaan Negeri Sabah turut sama berusaha menjayakan projek Jambatan berkenaan.Tapi sayangnya usaha DUN Sulabayan ini seperti tidak di endahkan oleh pihak ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman selaku teraju Kerajaan Negeri Sabah ketika ini . Jadi kalau Projek besar ini tidak mendapat kerjasama  Kerajaan Negeri Sabah kepada kerajaan mana lagi mahu isu ini dibawa...????? ramai tahu           Daerah Semporna terletak dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah.

Segala Urusan Tanah dibawah Kerajaan Negeri boleh kah jambatan ini menjadi reality tanpa usaha dan Kerjasama Kerajaan Negeri Sabah selaku tuan punya kawasan dan tempat...ini jua yg menjadi persoalan.
Apa pun kita berharap Datuk Musa dapat mempertimbangkan Projek berkenaan demi kemajuan Semporna dan Negeri Sabah . Utamakanlah kepentingan negeri Sabah dan Semporna dari kepentingan peribadi. dibawah ini kita kepilkan sidang DUN negeri Sabah ke 13 yg ditulis oleh abdnaddin sebagai rujukan kepada kita semua .....
                                                                                                                                                                                     SIDANG DUN SABAH KE 13 .

Adun Sulabayan, Datuk Haji Harman Haji Mohammad pula merayu kerajaan negeri membantu usaha ke arah merealisasikan pelaksanaan projek jambatan Pulau Bum-Bum di Semporna dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Beliau berkata projek berkenaan telah disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan sangat penting bukan saja kepada pendududuk, tetapi juga menjadi pemangkin pembangunan ekonomi, terutama dalam industri pelancongan yang menjana kemajuan di kawasan pantai timur.
"Sebagai anak jati sebuah kampung kecil di Pulau Bum-Bum, yang memahami perit-jerih dan denyutan kehidupan penduduknya, saya merayu kerajaan negeri agar dapat membantu melicinkan lagi proses ke arah merealisasikan pelaksanaan projek ini.
Harman juga berharap kerajaan mengambil langkah proaktif membangunkan industri penanaman rumpai laut yang merupakan kegiatan ekonomi kebanyakan penduduk di kawasan Semporna.
"Tidak syak lagi industri ini mempunyai impak yang tinggi dalam menjana ekonomi penduduk dan bukan mustahil ia menjadi produk ekonomi bagi negeri Sabah di masa hadapan," katanya sambil berkata, projek tanaman rumpai laut itu telah dikenal pasti oleh Kerajaan Pusat sebagai antara projek yang berimpak tinggi.
"Dan sebagai anak nelayan yang mengerti tentang kesengsaraan hidup dilambung ombak kehidupan, saya merasakan sudah tiba masanya bagi kerajaan mengambil langkah-langkah proaktif membangunkan industri ini dalam ertikata sebenar," katanya.
Dewan juga diberitahu bahawa Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk menyemak atau mengkaji semula kadar royalti minyak yang sedia ada.
"Setakat ini, Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk mengemukakan cadangan tersebut kepada Kerajaan Persekutuan," kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman, kerana apa yang penting adalah komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap pembangunan negeri Sabah.
http://abdnaddin.blogspot.com/​2010/04/sidang-dun-sabah-ke-13​-signifikan-untuk.html)

Saturday, 23 July 2011

BERMULANYA ISU JAMBATAN BUM BUM SEMPORNA


                                         INILAH LAKARAN JAMBATAN BUM BUM SEMPORNA





                  TUN ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI
                    PERDANA MENTERI MALAYSIA
                               (v)
                  BERMULANYA ISU JAMBATAN BUM BUM


 IMBAS KEMBALI BAGAIMANA JAMBATAN BUM BUM SEMPORNA MULA DIWAR WARKAN KEPADA UMUM / PENDUDUK MALAYSIA ...
UCAPAN BAJET TAHUN 2009
Oleh
YAB DATO’ SERI ABDULLAH BIN HJ. AHMAD BADAWI
PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN
KETIKA MEMBENTANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2009)
DI DEWAN RAKYAT
PADA 29 OGOS 2008
KERAJAAN PRIHATIN

PERKARA 66 :-( 66 ). Kerajaan akan mempergiatkan usaha untuk membangunkan Sabah dan Sarawak.
Bagi negeri Sabah, peruntukan hampir tiga bilion ringgit disediakan untuk melaksanakan
projek infrastruktur, termasuk 266 kilometer jalan persekutuan dan jalan luar bandar yang
akan memanfaatkan lebih 550 ribu penduduk setempat. Antara projek utama, termasuk
membina jalan dari Jeroco-Lahad Datu Fasa Dua, menaik taraf dan membaiki Jalan
Sandakan ke Telupid, menaik taraf Jalan Ranau ke Tambunan Fasa Dua, membina
Jambatan Semporna–Pulau Bum-Bum, mengganti jambatan usang di kawasan pendalaman
Sabah, projek kemudahan pelancongan dan ekopelancongan, kemudahan hospital dan
kesihatan luar bandar serta Program Perumahan Rakyat Disewa

SUMBER:http://www.lawnet.com.my/lawne​tpublic/2009Ucapan.pdf

Semporna