Usaha Adun Sulabayan Datuk hj Herman hj Mohammad membawa isu Jambatan bum bum Semporna seperti tidak mendapat kerjasama dari kerajaan Negeri Sabah yg dipimpin oleh Datuk Seri Panglima Musa Aman,
Apakah yg menyebabkan Datuk Seri Musa membiarkan isu jambatan Bum Bum Semporna...Pertanyaan ini lah yg bermain didalam fikiran aku anak semporna dan mungkin jua semua masyarakat Semporna,
kalau kita halus seperti ada sesuatu perkara yg tidak kena pada Kerajaan Negeri Sabah pada ketika ini kalau mengikut apa yg di tulis oleh abdnaddin blogspot . Kalau ia berpunca dari sengketa antara MP semporna dgn Datuk seri Musa yg menjadi halangan kepada projek ini, bagi saya suatu yg malang buat kita masyarakat Semporna. Bukankah jambatan bum bum ini melibatkan kepentingan seluruh Negeri Sabah terutama dari sudut pembangunan dan kemudahan awam. Bukan kah Daerah Semporna antara salah satu destinasi pelancongan Negeri di bawah bayu Sabah, yg juga menjadi penyumbang besar kepada Pendapatan Negeri Sabah. Apakah Kerajaan Negeri Sabah hanya mengaut keuntungan dari tanah Semporna tapi membiarkan Semporna terumbang ambing.....dgn pembangunan perlahan.pembangunan ala kadar . ibarat melepaskan batuk di tangga.
Boleh dikatakan usaha Datuk Hj Herman membawa isu Jambatan Bum Bum Semporna ke sidang negeri Sabah ( sidang DUN ke 13 pada bulan april 2010) suatu yg patut dibanggakan oleh warga Semporna, dgn harapan kerajaan Negeri Sabah turut sama berusaha menjayakan projek Jambatan berkenaan.Tapi sayangnya usaha DUN Sulabayan ini seperti tidak di endahkan oleh pihak ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman selaku teraju Kerajaan Negeri Sabah ketika ini . Jadi kalau Projek besar ini tidak mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Sabah kepada kerajaan mana lagi mahu isu ini dibawa...????? ramai tahu Daerah Semporna terletak dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah.
Segala Urusan Tanah dibawah Kerajaan Negeri boleh kah jambatan ini menjadi reality tanpa usaha dan Kerjasama Kerajaan Negeri Sabah selaku tuan punya kawasan dan tempat...ini jua yg menjadi persoalan.
Apa pun kita berharap Datuk Musa dapat mempertimbangkan Projek berkenaan demi kemajuan Semporna dan Negeri Sabah . Utamakanlah kepentingan negeri Sabah dan Semporna dari kepentingan peribadi. dibawah ini kita kepilkan sidang DUN negeri Sabah ke 13 yg ditulis oleh abdnaddin sebagai rujukan kepada kita semua .....
No comments:
Post a Comment